Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terima Lebih 9,500 Maklum Balas, MOF Lanjutkan Tempoh Cadangan Belanjawan 2024

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, cadangan Belanjawan 2024 telah dilanjutkan selama seminggu sehingga 22 September 2023 melalui portal.

Tindakan ini diambil susulan dari sambutan yang mengalakkan dengan menerima lebih 9,500 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.

https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid09L9XQ9bX3FTUasQ5AdwLq8SggdYMSjVzSXKvJV2ovfF8ZEerzG93MMneQs15q7J1l

Setakat 13 September lalu, Jelajah Belanjawan 2024 telah melalui sembilan Jelajah Negeri yang diterajui oleh YB Timbalan Menteri I dan II, serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan orang awam,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Maklum balas diterima melalui semua platform meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomo seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, dan pendigitalan; penambah baikan tadbir urus fiskal; dan langkah-langkah untuk memajukan industri sedia ada.

Belanjawan 2024 bermula dengan pembentangan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu yang turut memainkan peranan sebagai kenyataan pra-Belanjawan.

“Kerangka tersebut menjadi menjadi panduan kepada kertas-kertas dasar Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semual ekonomi Malaysia agar ia berlandas pada trajektori pertumbuhan baru yang rancak dan saksama,” ujarnya.

Kerangka dasar ini merangkumi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Industri Baharu 2023 (NIMP), dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12).

Belanjawan 2024 akan dibentang oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembentangan Belanjawan 2024 akan mengariskan usaha dan inisiatif untuk dilaksanakan pada tahun hadapan bagi mencapai sasaran seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program Jelajah Belanjawan 2024 akan bersambung di Perak, Selangor dan Labuan selepas Kuching dan dijangka berakhir pada 22 September ini.

Bagi orang ramai yang ingin memberikan pendapat dan cadangan, mereka boleh melayari portal Cadangan Belanjawan 2024 di https://budget.mof.gov.my/ms/.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd