Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terima Kasih, Birthday Boy Faisal! Jaringan Faisal Halim Selamatkan Harimau Malaya

Sebentar tadi, skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan 1-0 walaupun terpaksa membawa bekalan tipis ke bumi ‘Siam’ dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Meski menang tapi ia masih belum cukup buat Malaysia untuk mara ke pentas final Piala AFF selepas kali terakhir skuad kebanggaan negara layak pada tahun 2018.

Kemenangan pada malam ini patut diucapkan terima kasih kepada Faisal Halim apabila berjaya menjaringkan gol di minit ke-11 selepas bijak menyambar bola tandukan pemain Thailand, V Ruventhiran yang mendapat hantaran Shahrul Nazeem.

Gol pertama yang dijaringkan oleh pemain berusia 25 tahun yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini membuatkan hampir 62,989 penyokong hadir memberi sorokan sehingga menggemakan stadium.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jaringan pada malam ini membuatkan ia adalah gol peribadi keempat Faisal dalam edisi kali ini. Ternyata ia satu perkembangan positif buat pemilik nama Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketinggalan satu gol daripada anak buah Alexandre Polking itu membuatkan mereka memperkemaskan aksi dan hasilnya telah mencetuskan ‘bahaya’ beberapa kali di kubu negara. Ini termasuklah percubaan Teerasil Dangda dan Bordin Phala masing-masing di minit 21 dan 23 tidak tepat ke sasaran.

Saat bertambah genting apabila Quentin Cheng hampir menambah gol kedua buat pasukan negara tetapi tolakannya di minit 28 melambung tinggi selepas menerima hantaran Faisal membuatkan Kittipong Phoothawchuek lega di depan gawang.

Apa yang menambah kemarahan ramai dalam perlawanan Malaysia menentang Thailand pada malam ini adalah tandukan gol Dominic Tan pada minit ke-53 dibatalkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Yong. Pengadil tersebut mendakwa Dominic telah menyiku pemain Thailand iaitu Pansa Hemviboon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangan tipis itu terus kekal hingga wisel penamat dan skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan aksi lebih getir pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Selasa ini dalam misi melangkah ke final.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Lokal

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd