Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tergempar! Tegar Septian Baru Tahu Anak Bukan Darah Daging Sendiri

Penyanyi popular Indonesia, Tegar Septian mendedahkan, bekas isterinya Sarah Sheilka telah membohonginya selama ini apabila anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian itu adalah bukan anak kandungnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Tegar sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya sambil bercerita mengenai hal sebenar.

Katanya, bekas isterinya itu merahsiahkan perkara tersebut selama tiga tahun dan apa yang lebih mengejutkan, Sarah telah hamil sebelum mereka bernikah.

@angga_irul

klarifikasi tentang anak tegar #fyp #tegarseptian #sarahsheilka #foryoupage

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ suara asli – Angga Irul793 – Angga

“Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi. Ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah. Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil. Ketikaitu selepas tiga kami berkenalan.
“Masa itu saya tak berfikir panjang, mahu tak mahu teruskan saja pernikahan,” jelasnya lagi.

Netizen terkejut!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui perkara di luar jangkaan tersebut dan menyarankan agar penyanyi berusia 21 tahun itu membuat ujian DNA.

Teruskan semangat Tegar

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan nasihat buat Tegar untuk terus bersemangat dalam menjalani kehidupannya dan berharap dia akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sumber: TikTok @angga

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd