Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Habiskan Nyawa Wanita, Terdesak Guna Duit Mahu Tonton Harimau Malaya

Suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui reput di dalam longkang, Nurul Asikin Lan, 26 mengaku terdesak guna duit mahu tonton pasukan Harimau Malaya di Kemboja sehingga tergamak menghabiskan nyawa mangsa.

Memetik laporan Harian Metro, suspek mengaku bahawa dirinya terdesak guna duit untuk perbelanjaan menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia dengan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, 8 Disember lalu.

Terdesak Guna Duit

Foto: Facebook Satila Layla

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memaklumkan motif pembunuhan itu diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman telah mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, suspek juga mengaku mengambil barang kemas mangsa, iaitu gelang tangan emas dan anting-anting emas untuk digadai selepas terdesak guna duit untuk ke Kemboja

MANCHA, gambar fail. FOTO Bernama

Foto: Harian Metro

Wanita Reput Dalam Longkang

Terdahulu, misteri kehilangan seorang wanita sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab selepas mayatnya yang hampir reput ditemui di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching pada Sabtu.

Bapa mangsa, Lan Endor, 53, berharap agar kematian anak sulungnya itu mendapat pembelaan dan suspek yang melakukan perbuatan kejam itu dikenakan hukuman yang setimpal.
 “Arwah selalunya akan memaklumkan kepada ibunya apabila keluar dari rumah,” ujar bapa mangsa Nurul Asikin.

Wanita Reput Dalam Longkang

Foto: Facebook Satila Layla

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tukang Sapu Sebar, Jual Video Kegiatan ‘Swinger’ Didenda

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dipercayai saudara mangsa telah membuat hantaran mendakwa wanita terbabit gagal dihubungi selepas keluar bersama bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro (Mohd Roji Kawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd