Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tengku Fa-iz Petra Dilucutkan Gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Istana Kelantan difahamkan telah menarik balik gelaran Tengku Mahkota kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan menganugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Tengku Fakhry dilantik Tengku Mahkota yang baharu

Memetik perkongsian yang dibuat di Instagram malaysia.royalfamily,  Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan berkuatkuasa 4 Januari dan telah diwartakan oleh kerana Kelantan pada 11 Januari lalu mengenai pelantikan tersebut yang sudahpun mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Satu mesyuarat telah diadakan berkenaan gelaran Tengku Fa-iz Petra

Menurut warta itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 4 Januari lalu pada pukul 3.30 petang melibatkan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kelantan di Bilik Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim berhubung perkara tersebut.

“Memenuhi kehendak Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), kami dengan ini bersetuju mengangkat sembah nasihat kehadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V untuk mengurniakan akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tengku Bendahara Kelantan pada ketika ini.

“Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan putera zuriat Almarhum Sultan Ismail Petra, menepati dengan maksud Perkara 30 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penarikan gelaran Tengku Fa-iz Petra mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

Difahamkan, penarikan itu berdasarkan kepada kuasa Baginda di bawah Fasal (2) Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) dibaca bersama dengan Seksyen 47 Interpretation Acts 1948 and 1967.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: MAIK

Untuk rekod, Tengku Fa-iz merupakan putera kedua almarhun Sultan Ismail Petra telah menjadi Tengku Mahkota dan sebagai pewaris takhta selama kira-kira 13 tahun bermula 18 Oktotober 2010.

Memetik laporan dari Malaysiakini, Tengku Fakhry pula adalah putera ketiga Sultan Ismail dan pernah mencuri perhatian media selepas dilucutkan gelaran Temenggong serta semua anugerah pada 2010 oleh kekandanya Sultan Muhammad V.

Sumber: Instagram malaysia.royalfamily, Malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd