Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Taylor Swift Diancam Serangan Pengganas, Terpaksa Batal Konsert Jelajah

Siri jelajah konsert bintang pop, Taylor Swift di Austria pada minggu ini terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendakwa terdapat ancaman serangan keganasan di Vienna, Austria.

Menurut satu laporan CNN, penganjur konsert Barracuda Music berkata, pembatalan tersebut dibuat selepas dua lelaki ditahan atas tuduhan merancang serangan keganasan pada konsert itu.

Foto: Instagram Taylor Swift

“Taylor Swift: Pertunjukan Jelajah Eras Vienna dibatalkan kerana pengesahan pegawai kerajaan berhubung serangan terancang oleh pengganas.
“Berikutan pengesahan daripada pegawai kerajaan mengenai serangan pengganas yang dirancang di Stadium Ernst Happel, kami tidak mempunyai pilihan selain membatalkan tiga rancangan yang dijadualkan untuk keselamatan semua orang.
“Semua tiket akan dibayar balik dalam tempoh 10 hari waktu bekerja,” katanya pada Rabu.

Foto: Instagram Taylor Swift

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan melaporkan seorang warga Austria berusia 19 tahun berjaya ditangkap bersama sebuah bahan kimia dijumpai di rumahnya di Ternitz pagi semalam.

Penahanan kedua pula telah dilakukan pada petang hari yang sama, namun masih tiada butiran lanjut mengenai suspek kedua itu.

Foto: Instagram Taylor Swift

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa Vienna menjadi sasaran serangan yang dirancang itu berikutan suspek dilihat mempunyai minat khusus terhadap konsert Jelajah Eras yang berlangsung di Stadium Ernst Happel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Swift sepatutnya dijadualkan membuat persembahan di Vienna selama tiga hari dari 8 hingga 10 Ogos.

Sumber: CNN

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd