Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tarian Wednesday Raih Perhatian Ramai, Jadi ‘Trending’ Di Media Sosial

Baru sahaja beberapa hari ditayangkan di dalam Netflix Malaysia, nampaknya filem bersiri Wednesday mendapat sambutan hangat dalam kalangan ramai sehinggakan filem tersebut menjadi rancangan televisyen pertama di Malaysia.

Difahamkan, siri ini hanya mempunyai lapan episod dan ia bergenre komedi-seram dan fantasi-gelap. Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah tarian yang dilakukan oleh Wednesday yang membuatkan ia menjadi trend di aplikasi TikTok.

@sl1therfr

#wednesdayaddams

♬ original sound – oh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, filem bersiri Wednesday ini mengisahkan mengenai seorang remaja yang bernama Wednesday Addams yang memiliki sifat cerdas, sarkastik dan juga dingin.

Bukan itu sahaja, dia terpaksa dipindahkan ke sekolah Nevermore Academy selepas dibuang daripada sekolah asalnya kerana membunuh dengan meletakkan ikan piranha di sebuah kolam yang dipenuhi pelajar lelaki.

Ketika berada di sekolah baharunya iaitu Nevermore Academy, dia telah mendapati terdapat kejadian aneh yang berlaku di sekolah tersebut dan mula merungkai satu persatu misteri tersebut.

Siri Wednesday diarahkan oleh pengarah tersohor, Tim Burton dan dibintangi oleh pelakon terkenal iaitu Jenna Ortega (Wednesday), Emma Myers (Enid Sinclair), Percy Hynes White (Xavier Thorpe) dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sembang Filem, TikTok @sl1therfr

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd