Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Tanda-tanda Apa? Memang Kalian Doktor?”- Rizky Billar Nafi Isteri Hamil Anak Kedua

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Lesti Kejora kini sedang hamil anak kedua selepas mereka berdua kembali berdamai pada September lalu.

Bagaimanapun, suaminya yang juga pelakon sinetron, Rizky Billar menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Menerusi video dimuat naik di laman Youtube, aktor berusia 27 tahun itu mengatakan kesan jahitan melahirkan anak pertamanya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar, masih belum kering sepenuhnya.

“Belum dulu, kan jahitnya masih belum kering,”jawabnya.

Dalam masa sama, Rizky juga meluahkan rasa aneh dari mana gosip tersebut tersebar sedangkan dia sendiri tidak melihat Lesti mengalami tanda-tanda kehamilan seperti yang digembar-gemburkan.

“Tanda-tanda apa? Memangnya kalian doktor? Kalian hanya wartawan dan bukannya doktor,”ujarnya.

Sementara itu, Rizky juga memaklumkan dia akan berangkat mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat. Katanya, dia hanya mahu memberi fokus dan berniat mahu tunaikan umrah sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Doakan saja. InsyaAllah, ya. Umrah kan cita-cita saya dari dulu,”katanya dalam video tersebut.

Terdahulu, Rizky Billar dan Lesti Kejora dikatakan sedang bercuti bersama anak mereka di Thailand.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang anak lelaki pada 26 Disember pada tahun yang sama. Bagaimanapun, difahamkan pasangan itu sudah ‘bernikah’ secara senyap pada awal tahun sebelum mengadakan ia secara terbuka pada Ogos.

Sumber: Youtube Gosip Ceria

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd