Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tambang RM5 Sehala Tren Shuttle Tebrau Untuk Warganegara Mulai 1 Ogos

Bermula 1 Ogos ini, warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya, dengan jualan tiket akan mula dibuka pada 29 Februari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan ketika ini kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5.

Tambang RM5 tren Shuttle Tebrau

Artikel lain: Bukan Terjatuh! Lelaki Maut Digilis Tren LRT Lompat Sendiri Sebelum Baring Atas Landasan

“Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmatan kereta api untuk berulang-alik antara JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands,” katanya.

Bagi menikmati keistimewaan itu, KTMB berkata warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanakan dari 19 Februari hingga 1 Mac.

Menurut kenyataan itu, pengesahan kad pengenalan adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna tambang warganegara.

Pengguna juga dinasihatkan mendaftar akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch & Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit, dan untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Lokal

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita muda dalam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd