Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tamatkan Nyawa 14 Orang Guna Racun, Pembunuh Bersiri Paling Kejam Thailand Dijatuhi Hukuman

Pembunuh bersiri yang dianggap paling kejam di Thailand dijatuhi hukuman mati pada Rabu atas dakwaan membunuh 14 orang dan didapati bersalah meracuni rakannya menggunakan sianida.

Suspek, Sararat Rangsiwuthaporn yang merupakan seorang penagih judi atas talian didapati bersalah menambah racun sianida ke dalam makanan atau minuman rakannya, Siriporn Khanwong yang rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pembunuh bersiri paling kejam Thailand dijatuhi hukuman

Wanita itu melakukan kesalahan itu ketika mereka dalam perjalanan bersama untuk menghadiri upacara melepaskan ikan ke Sungai Mae Klong di daerah Ban Pong, Ratchaburi pada 14 April 2023.

Mahkamah dalam penghakimannya menyatakan bahawa Sararat tidak menunjukkan sebarang reaksi atau tanda terkejut apabila melihat rakannya rebah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak cukup dengan itu, Sararat juga didapati berjalan ke arah keretanya dan meninggalkan tempat kejadian dengan membawa beg, telefon bimbit dan barangan berharga bernilai 154, 630 bhat (RM19,935).

Menurut Mahkamah, tindakan Sararat itu menunjukkan wanita itu sudah menjangka apa yang bakal berlaku kepada Siriporn.

Artikel lain: Panel Kaca Pusat Beli-Belah Tercabut, Remaja Jatuh Dari Tingkat Empat

Dalam pada itu, mahkamah turut mendapati paras kalium sianida yang terdapat dalam darah, perut dan hati mangsa cukup untuk membunuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pakar turut percaya bahawa mangsa menelan racun tersebut sebelum mereka turun ke sungai,  ketika mereka masih berada di dalam kereta Sararat.

Selepas kejadian, Sararat telah menyembunyikan beg mangsa dan botol kalium sianida yang dibelinya, namun pihak polis menemui kesan bahan kimia itu di dalam keretanya.

Pada masa yang sama, terdapat juga bukti bahawa Sararat telah memesan bahan kimia itu dan penghantarannya dilakukan oleh seorang penghantar motosikal.

Mahkamah turut mendapati akaun bank Sararat mencatatkan transaksi bernilai sekitar 96 juta baht (RM12.3 juta) dari 1 Januari 2020 hingga 5 Mei 2023 yang mana transaksi itu berkait dengan judi dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap bekas suami Sararat, Withoon Rangsiwuthaporn yang merupakan bekas ketua Balai Polis Suan Phueng di Ratchaburi dan peguamnya, Thanicha Aeksuwannawat kerana membantu menyembunyikan beg mangsa.

Bagaimanapun, hukuman penjara Withoon dikurangkan kepada satu tahun empat bulan kerana memberi keterangan terhadap Sararat.

Sebelum ini, Sararat disyaki memberi kalium sianida kepada 14 individu lain antara thaun 2015 hingga 2023, kerana mahu mengelak membayar hutang atau mencuri barangan berharga mereka.

Dalam kebanyakan kes, bahan kimia itu dicampur ke dalam makanan manakala satu kes pula, ia ditambah ke dalam pil diet. Hanya satu daripada mangsanya terselamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sararat ditangkap pada 25 April 2023 dalam keadaan hamil dan ditahan di Penjara Wanita Pusat.

Sumber: Bangkok Post

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd