Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Takut ibu marah”- Lisa BLACKPINK tak berani kongsi foto berbikini di media sosial

Anggota kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa mendedahkan dirinya enggan dan malu berkongsi foto berbikini setiap kali bercuti di pantai.

Lisa dalam satu temu bual sewaktu pulang bertemu peminat Thailand berkata, setiap apa yang dilakukannya masih dibawah pengawasan ibunya, Chitthip Brüschweiler, meskipun dia sudah berusia 26 tahun dan terkenal di segenap pelosok dunia.

Pemilik nama Lalisa Manobal berkata, dia gemar untuk pergi ke pantai tetapi  tidak berani untuk berkongsi fotonya berbikini di media sosial.

“Saya suka pergi ke pantai dan pakai bikini.
“Tapi saya tidak boleh memuat naik gambar-gambar tersebut,”ujarnya.

Jelasnya, pendekatan untuk tidak berkongsi di media sosial adalah kerana dirinya takut dimarahi oleh ibunya selain berasa malu sekiranya berbuat demikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa malu dan rasa ibu pasti akan memarahi saya,”ujarnya lagi.

Wah, bagus sungguh Lisa! Masih fikir akan perasaan ibunya jika berkongsi foto yang boleh membuatkan insan paling disayangi sedih dan kecewa. Padanlah ramai peminat sangat meminati pelatun lagu Money ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Lisa juga pulang ke kampung halaman, Thailand bagi mengadakan konsert BLACKPINK: World Tour [BORN PINK] Bangkok Encore selama dua hari iaitu pada 27 Mei dan 28 Mei lalu.

Sumber: Twitter @translatebp

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd