Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Modal Nasi Kandar Je!” – Lelaki Tak Sangka Boleh Terserempak SO7 Dekat Mamak

Tak perlu pentas besar atau lampu spotlight, kadang-kadang rezeki paling indah datang waktu kita tak jangka contohnya, tengah lepak mamak pun boleh jumpa idola legenda.

Jumpa SO7 dekat mamak

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang secara tak sengaja terserempak dengan dua anggota kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7), iaitu Eross dan Duta di sebuah restoran mamak di Kota Warisan, Sepang sekitar jam 6 petang semalam.

so7

Foto: TT @hat.hal

Perkara itu dikongsi pengguna TikTok @hat.hal yang masih teruja dengan detik manis tersebut, lebih-lebih lagi kerana dia merupakan peminat tegar SO7 sejak awal tahun 2000-an.

“Gila tak gila weh. Rezeki terjumpa band Indonesia legenda kat kedai mamak. Eross dan Duta SO7. Saya peminat dari tahun 2000 lagi, tiga album kaset saya beli ye” katanya.

Artikel lain: Abang Tamat Latihan Polis, Adik Sedih Jadi Orang Terakhir Dipeluk – “Dia Mana Pernah Lupa”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu manja melihat momen santai itu, ada yang tak sangka, ada yang tergelak pasrah dengan nasib sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya beli tiket dekat RM200 nak tengok dari jauh. Abang ni modal roti canai je, terus jumpa depan-depan,” tulis seorang pengguna TikTok, @akumakdansesuatu.
 “Up sikit modal, bukan roti canai tapi nasi kandar.
Tapi lepas nampak diorang, dah tak rasa nak makan sebab excited,” ujar tuan video.
“Anak saya siap beli tiket dengan geng dia nak tengok kat Bukit Jalil. Brother ni steady je dekat mamak, boleh berlaga bahu terus,” komen Annis berseloroh.
so7

Foto: TT @hat.hal

Untuk pengetahuan, Sheila On 7 kini berada di Malaysia sempena festival muzik Latihan Pestapora yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok – kemunculan semula mereka selepas tujuh tahun tidak membuat persembahan di sini.

Kali terakhir kumpulan itu beraksi di Malaysia adalah pada 2018 menerusi konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di StarXpo Centre, Kenanga Fashion Mall.

Nampaknya bukan semua rezeki jumpa idola datang dengan tiket mahal. Kadang, cukup sekadar lepak mamak yang penting, timing kena tepat.

Sumber: TikTok @hat.hal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd