Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tak Relevan, MMA Persoal Belanjawan 2025, Golongan T15 Jarang Guna Khidmat Kesihatan Awam

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) terkejut dengan usulan pihak kerajaan untuk menerapkan subsidi bersasar dalam perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden MMA, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira mengemukakan pandangan ini sebagai tindak balas terhadap cadangan tersebut yang menyatakan bahawa golongan kaya atau T15 yang menggunakan perkhidmatan di kemudahan kesihatan kerajaan hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan pesakit.

Dr. Kalwinder berkata, sebahagian besar golongan berpendapatan tinggi lebih gemar mendapatkan rawatan di pusat kesihatan swasta kerana mereka mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar perkhidmatan yang lebih pantas dan selesa, berbanding dengan kemudahan awam.

“Justeru, rancangan kerajaan untuk menyasarkan subsidi bagi penjagaan kesihatan di hospital kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dilihat agak mengejutkan.
“Jadi, langkah tersebut kurang relevan bagi golongan T15 yang kebiasaannya mendapatkan rawatan daripada sektor swasta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Foto:Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan subsidi bersasar akan merangkumi sektor kesihatan awam,yang mana golongan berpendapatan tinggi seharusnya memberi sumbangan kewangan untuk perkhidmatan kesihatan yang disediakan di hospital kerajaan.

Beliau menjelaskan bahawa dana yang dapat dijimatkan melalui inisiatif ini boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat seperti membiayai alat perubatan bagi pesakit yang kurang berkemampuan, serta memperbaharui dan meningkatkan mutu peralatan di hospital dan klinik kerajaan.

Dr. Kalwinder mengkritik Belanjawan 2025 kerana mengabaikan pembangunan sumber manusia dalam sektor perubatan, menekankan bahawa cadangan mereka belum diberi perhatian sewajarnya, dan menggesa kerajaan untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai pendekatan baharu yang akan dilaksanakan dalam sistem kesihatan awam.

Sumber: Utusan Malaysia (Johanna Mumtaz Wanpa dan Fatin Norizati Mat Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd