Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Puas Hati Agihan Untung, Wanita Dilanggar Rakan Kongsi Sebelum Tikam 15 Kali

Tak puas hati dengan agihan hasil keuntungan perniagaan, seorang wanita yang juga pengusaha tudung dan pakaian ditikam rakan kongsi di Batu 23, Jalan Kuala Berang, Terengganu, hari ini.

Peniaga wanita itu ditemui tidak bernyawa dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, lapor Kosmo! Online.

Difahamkan, mayat berusia 65 tahun itu ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi.

tak puas hati tikam

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar suspek wanita yang juga rakan kongsinya berusia 35 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata,  mangsa dan suspek sebelum ini menaiki kenderaan jenis Honda Jazz dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Mangsa kemudiannya dikatakan keluar dari kenderaan berkenaan sebelum dilanggar suspek.

“Suspek kemudian keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak menikam mangsa sebelum meninggalkan lokasi dengan menumpang sebuah van.
“Suspek berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

tak puas hati tikam

Artikel lain: Guru Parah Ditetak Pelajar, Tak Terima Dapat Markah Peperiksaan Teruk

Tak puas hati agihan untung

Mazi berkata, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan pakaian dan tudung yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumnya, pihak polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dibuang suspek berhampiran rumahnya.

“Honda Jazz yang ditinggalkan di lokasi kejadian adalah milik suami suspek dan selepas kejadian itu, suspek dikatakan menahan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumahnya,”katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, mayat wanita ditemukan di dalam longkang dipercayai berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, Kuala Berang dan dipercayai dibunuh.

Mangsa dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap oleh orang awam kira-kira jam 3 pagi tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd