Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tak Nak Brazil Menang, Bomoh Peru Ikhtiar Buat Ritual ‘Ikat Kaki’ Neymar

Baru-baru ini, sekumpulan bomoh Peru telah melakukan ritual sambil memakai ponco berwarna-warni telah berjaya menjadi bualan hangat ramai.

Mana tidaknya, kumpulan bomoh tersebut melakukan perkara tersebut sebagai salah satu usaha untuk ‘menggelakkan’ Neymar  untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, pagi esok.

View this post on Instagram

A post shared by NJ 🇧🇷 (@neymarjr)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, bomoh dari hutan, gunung dan pantai digelar ‘Tayta Inti’ (Bapa Matahari) itu berharap dapat membantu Peru ketika menentang Brazil.

Difahamkan, seorang bomoh melakukan ritual sambil memijak baju jersi nombor 10 yang sering dipakai Neymar dengan harapan dapat mengikat kaki pemain Brazil tersebut.

“Kami meneutralkan Neymar dengan mengikat kakinya. Kami mengikatnya, jadi dia tidak dalam keadaan terbaik, tidak boleh berlari dan bermain dengan baik,” kata bomoh, Felix Rondan.

Bahkan, Seorang lagi bomoh, Walter Alarcon mendedahkan upacara tersebut bertujuan mengaburi fikiran Neymar dan secara tidak langsung tidak dapat menjaringkan sebarang gol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Alarcon meramalkan perlawanan tersebut akan menjadi sukar dan berakhir dengan keputusan seri.

Sumber: Harian Metro 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd