Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tak Mungkin Malaysia Berubah Jadi Negara Sekular – Asyraf Wajdi

Tak mungkin Malaysia berubah jadi negara sekular yang memisahkan pentadbiran negara dan negeri daripada agama Islam seperti yang didakwa parti PAS.

Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ketika berceramah di Kampung Chabang, Kerteh sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam.

Tak mungkin Malaysia berubah jadi negara sekular

Foto: Berita Harian

Beliau berkata, dakwaan pemimpin PAS kononnya pentadbiran Kerajaan Perpaduan sedang menuju ke arah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara sekular adalah tipu semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tanpa UPSR, MRSM Sukar Nilai Potensi Sebenar Pelajar – Asyraf Wajdi

Pada masa yang sama, beliau berkata Kerajaan Perpaduan ini terbentuk dengan kehadiran ahli-ahli Parlimen UMNO yang sudah tentu akan menentang perkara tersebut sekiranya ia direalisasikan seperti didakwa.

“Perjuangan UMNO meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia boleh menjadi negara sekular sekiranya dua pertiga ahli Parlimen setuju untuk meminda Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Takkan orang UMNO bengong begitu, takkan orang Islam dalam PKR bengong begitu? Takkan lapan Ahli Parlimen Parti Amanah Negara bengong begitu?
“Kita masih ada iman, kita masih ada Islam dalam diri kita,” katanya.

Tambah Asyraf Wajdi, negara ini juga mempunyai Raja-Raja Melayu yang memiliki kuasa sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing.

Selain itu, negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan pula masing-masing mempunyai Yang di-Pertuan Agong.

Foto: Fulcrum

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau ikut puak PAS tipu rakyat di bawah (kononnya) negara ini nak jadi negara sekular, kita masih ada Raja-Raja Melayu. Jadi tak mungkin negara ini jadi negara sekular,” ujarnya.

Sekadar info, PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November dan 2 Disember masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd