Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tak Cukup Duit Ganti Pemadam Baru, Budak 9 Tahun ‘Gadaikan’ Diri Untuk Lunaskan Hutang

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas nafsu bagi melunaskan ‘hutang’.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku tahun lalu dan mereka yang terbabit (suspek) terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur sembilan dan 10 tahun.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan siasatan kami, mangsa bersetuju (menjadi pemuas nafsu) kerana mahu membayar balik hutang.
“Ia kerana, dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti,” katanya ketika ditemui media pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di sebuah hotel, di Kuala Lumpur, semalam.

Shuhaily turut menjelaskan, memandangkan semua yang terbabit berumur di bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah merujuk timbalan pendakwa raya, tetapi tiada bukti dikemukakan.

Menurutnya, secara umumnya, kes rogol menunjukkan peningkatan termasuk yang membabitkan individu bawah umur.

Foto sekadar hiasan

“Jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur semakin meningkat setiap tahun. Kita boleh lihat (peningkatan) selepas pandemik Covid-19 kerana ramai orang berurusan melalui media sosial, dan selepas ia berakhir, semuanya (kes) meningkat.
“Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis membuka kertas siasatan kerana melihatnya sebagai trend terkini dalam generasi baharu sekalis gus menasihat ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam & Siti Norhidayah Mohd Yunus)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd