Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Dana Disalah Guna Dalam Tabung Justice for Zara – Timbalan Menteri Agama

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli menegaskan tiada dana yang disalah guna dalam pengurusan akaun Tabung Justice for Zara bagi menampung kos proses inkues, lapor Bernama.

Selaku aktivis yang memulakan gerakan Justice for Zara, beliau berkata akaun tabung tersebut diasingkan sepenuhnya dan tidak bercampur dengan akaun lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah dipengerusikan beliau.

Tiada dana disalah guna dalam tabung Justice for Zara

tabung Justice for Zara

Foto: Bernama

Sebaliknya, tabung itu mempunyai penama tersendiri yang melibatkan ibu Zara Qairina Mahathir, beberapa peguam, serta jawatankuasa NGO.

Katanya setakat 9 pagi hari ini, jumlah kutipan tabung berkenaan adalah RM254,995.92 dengan baki RM96,059.97 selepas mengambil kira perbelanjaan, termasuk kos pengangkutan dan penginapan saksi pakar serta keluarga Zara Qairina sepanjang persiapan dan perjalanan inkues.

“…Sepanjang proses inkues ini kami melibatkan beberapa saksi pakar, jadi kos pengangkutan dan penginapan mereka menggunakan tabung ini. Begitu juga kos pengangkutan dan penginapan keluarga Zara Qairina untuk menghadiri mesyuarat dan persiapan inkues turut ditanggung menggunakan tabung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Marhamah Rosli Dilantik Timbalan Menteri, Ibu Zara Qairina Ucap Tahniah

tabung Justice for Zara

Foto: Bernama

Menurut Marhamah, kutipan dana itu telah mendapat permit daripada Jabatan Ketua Menteri dan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, selain laporan lengkap sehingga November 2025 telah disediakan.

“Kami memang bersedia untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa (untuk diaudit),” katanya, sambil menambah baki dana sedia ada dijangka tidak mencukupi memandangkan proses inkues masih berjalan.

Sebelum ini, Marhamah antara individu terawal membantu memberi sokongan kepada Noraidah selepas anaknya, Zara Qairina, yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Papar, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Zara Qairina yang juga pelajar Tingkatan Satu sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah tersebut.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Lokal

Seorang guru disiplin cedera dipercayai selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, yang dipercayai berpunca daripada tindakan menggunting rambut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd