Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Syarikat Arak: Tajaan Konsert Amal, Bukan Sumbangan Untuk Sekolah – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan isu tajaan syarikat arak kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini merupakan penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Menerusi laporan Berita Harian, Ahmad Zahid berkata, wujud persepsi silap mengenai konsert amal tersebut sehingga telah menimbulkan kontroversi yang mendakwa syarikat arak tersebut telah menyalurkan dana kepada sekolah Cina.

Foto: Berita Harian

“Apa yang telah kita bincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, bukan soal sumbangan daripada syarikat minuman keras itu atau pun syarikat rokok atau syarikat sejenama dengannya.
“Apa yang dilakukan adalah penajaan terhadap ‘event’ (konsert amal) yang dibuat oleh syarikat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di Pusat Konvensyen Desaru, Kota Tinggi, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menjelaskan program dianjurkan oleh persatuan ibu bapa (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah itu tidak menyebutkan sumbangan syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah Cina.

Foto: Malaysiakini

“Dalam perkara ini, ia tidak pun menyebut tentang sumbangan daripada syarikat minuman keras kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan memandang serius perkara tersebut dan sedang melakukan siasatan lanjut selain mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Untuk makluman, Surat pekeliling KPM pada 29 Mac 2018 menyatakan bahawa sumbangan kepada sekolah-sekolah tidak boleh melibatkan syarikat arak, rokok, judi dan seumpamanya kerana boleh jejaskan potensi murid dari segi rohani, emosi dan jasmani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd