Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Lepas Tembakan Di Pusat Beli-Belah Maut Dalam Serbuan Polis

Suspek lepas tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lepas maut ditembak di Pulau Ketam, dekat Klang Selatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan berlaku insiden tembak-menembak dalam satu serbuan membabitkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSK dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor sekitar Jam 3 pagi tadi.

Suspek lepas tembakan di Setia City Mall maut ditembak polis

Suspek lepas tembakan

 

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis berjaya menembak mati seorang lelaki warganegara dalam lingkungan umur 30-an di sebuah hotel di Pulau Ketam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis juga menemui dua pucuk senjata api berisi peluru bersama suspek tersebut.
“Suspek yang dikehendaki ini mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk satu kes jenayah dadah dan tujuh kes jenayah samun. Suspek juga dipercayai terlibat dalam insiden menembak di Setia City Mall baru-baru ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Memetik laporan Berita Harian, tidak dapat disahkan sama ada keberadaan suspek lepas tembakan itu di pulau berkenaan kerana bersembunyi selepas diburu polis sejak kejadian 8 Februari lalu atau untuk melarikan diri ke luar negara.

Difahamkan, mayat suspek akan dibawa ke jeti di Pelabuhan Klang selepas siasatan dan pemeriksaan oleh Unit Forensik Polis selesai dijalankan di lokasi.

Suspek lepas tembakan maut dalam serbuan polis di Pulau Ketam

Berdasarkan maklumat, lokasi kedudukan suspek diperolehi berdasarkan siasatan dan risikan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak kejadian berlaku.

Artikel berkaitan: Marah Disuruh Alih Barang Mungkin Punca Tukang Cuci Ditembak, Polis Giat Buru Suspek

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, suspek dilapor melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli belah di Setia Alam, semasa berada di Aras P1.

Mangsa yang cedera di punggung dan kakinya menyelamatkan diri, masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan, manakala suspek melarikan diri ke Aras P2.

Suspek kemudian melepaskan beberapa lagi tembakan dan terkena pada pintu kaca serta cermin tangga sebelum menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa milik seorang pengunjung.

Suspek itu kemudian memaksa pengunjung berkenaan membawanya menuju sebuah kawasan di Pandaraman, Klang dan memberhentikan keretanya sebelum melepaskan mangsa dan melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Selangor, Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd