Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tikam Pelajar: Suspek Alami Masalah Pembelajaran – KP Selangor

Remaja lelaki yang disyaki menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa lalu dilaporkan mempunyai masalah keupayaan belajar.

Suspek alami masalah pembelajaran, bukan mental

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak sekolah memang sedia maklum mengenai keadaan suspek yang dipercayai menerima bimbingan melalui sesi kaunseling di sekolah.

“Memang pihak sekolah mengetahui (suspek ada masalah) tetapi bukan berkaitan dengan insiden berkenaan.
“Dia adalah masalah tentang personaliti iaitu dari segi keupayaan belajar dia,” katanya  mengadakan tinjauan sempena sambutan Deepavali 2025 di Jalan Tengku Kelana, Klang hari ini.
masalah pembelajaran

Foto: Bernama

Namun begitu, Shazeli berkata, tidak wajar bagi pihak polis membuat sebarang kesimpulan mengenai keadaan mental suspek kerana perkara itu berada di bawah bidang kepakaran psikiatri.

“Jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya. Dari segi fizikal, keadaan semasa nampak okay. Itu saja saya boleh katakan.
“Setakat siasatan sehingga kini, saya dimaklumkan bahawa dia ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk memperbaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental,” ujarnya.

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar: Nota ‘Dunia Ni Palsu, Saya Sudah Menang’ Ditemui Pada Suspek

masalah pembelajaran

Foto: Media sosial

Difahamkan setakat ini, dua lagi individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 59 orang yang terdiri daripada pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunselor sekolah.

Terdahulu, mangsa ditikam sehingga maut oleh suspek yang berusia 14 tahun dalam kawasan sekolah sebelum direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd