Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Supremo Olimpik Paris 2024 Dilapor Sudah Bersedia, Kini Masuk Fasa Akhir

Supremo Olimpik Paris, Tony Estanguet berkata bandar raya itu ‘sudah bersedia’ bagi menganjurkan Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan persediaan mereka telah memasuki ke fasa terakhir.

Menerusi satu laporan Khaleej Times, Estanguet berkata, walaupun majlis penutupan di City of Light bagi acara itu belum siap sepenuhnya, namun beribu-ribu atlet dan pegawai bertugas dilaporkan telah tiba ke negara tersebut.

Foto: Berita Harian

“Selagi majlis penutup belum selesai, kami perlu terus berwaspada. Tetapi hari ini kami betul-betul berada di tempat yang kami impikan beberapa tahun lalu.
“Cuaca juga cerah selepas hujan berbulan-bulan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kualiti air Sungai Seine, yang akan digunakan bagi acara renang Olimpik luar dan laluan semasa majlis pembukaan juga dilaporkan meningkat secara mendadak sejak awal Julai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Sungai Seine akan menjadi tuan rumah majlis perasmian pada Jumaat depan yang akan menyaksikan 6,000-7,000 atlet berlayar menyusurinya dengan 85 tongkang dan bot.
“Ia sekali gus menjadikan Sukan Olimpik Musim Panas kali pertama yang dibuka di luar stadium olahraga utama, dan sehingga 300,000 penonton bertiket bersedia untuk menonton dari tempat duduk dan di tebing sungai manakala 200,000 lagi dijangka menonton dari pangsapuri yang menghadap di kawasan tersebut,” ujarnya.

Estanguet juga berkata, kira-kira 4,000 tiket masih tersedia dan pihaknya sentiasa berusaha untuk memberikan kesan dengan citarasa setinggi mungkin supaya temasya sukan itu dapat menjadikan Perancis semakin bersinar di mata dunia.

Foto: Khaleej Times

Sementara itu, sesetengah penduduk dan peniaga mendakwa bahawa penganjuran acara itu memberi impak negatif dan membawa kemerosotan terhadap perniagaan mereka kerana sekatan yang dibuat di kawasan tersebut dan tidak dibuka kepada kebanyakan orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Estanguet mendakwa bahawa sekatan itu sudah lama dimaklumkan kepada orang ramai terutama untuk menjamin keselamatan para pengunjung yang hadir sepanjang acara sukan itu berlangsung.

Sumber: Khaleej Times

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd