Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sultan Selangor Zahir Dukacita Terhadap Kenyataan Hadi Awang

Sultan Selangor zahir dukacita terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan artikel yang ditulis Presiden Pas berkenaan pada 20 Februari 2024 dengan tajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’.

Memetik surat yang diutuskan baginda kepada beliau menerusi menerusi PAS Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan tindakan Abdul Hadi sebagai tidak beradab dan tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Baginda semasa mesyuarat MKI pada 15 Februari 2024.

Kenyataan tak sesuai & tak beradab

Kenyataan sinis Tan Sri Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/posts/pfbid0eWZX4RhHkwSUrFogCWcCUkwfzTvJ78PaFeehFehHTmnbDzPRepj2dYMzicDUd2wcl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sultan Selangor zahir dukacita, kenyataan boleh kelirukan umat Islam

Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu di negara ini.

“Sekiranya Tan Sri Hadi lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan dengan meneliti dan memperhalusi titah ucapan Baginda, Tan Sri Hadi akan dapat memahami maksud sebenar Baginda.
“Kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan semenjak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi,” antara isi kandungan surat yang diutus baginda.

Susulan daripada itu, baginda menasihatkan Hadi Awang supaya lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengulangi perbuatan menghina Raja-Raja Melayu melalui kenyataan-kenyataan beliau yang boleh memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Baginda juga menitahkan agar ahli-ahli politik dan pemimpin politik tidak memperalatkan agama Islam dan mencemari kesucian agama Islam demi kepentingan politik kepartian masing-masing.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd