Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami Isteri Pelajar USIM & Keluarga Terkorban Dalam Serangan Di Palestin

Pasangan suami isteri yang merupakan pelajar USIM dilaporkan terkorban dalam serangan di Gaza Palestin kelmarin.

Empat anak juga terkorban

Empat orang anak mereka juga menjadi turut mengalami nasib yang sama dan hal tersebut disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq.

Memetik perkongsian dari Facebook Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pihak univerisiti telah menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia iaitu Mohammed J.H. Alzaanin dan isterinya Kholoud M.H. Elzaneen, pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM.

https://www.facebook.com/usimofficial/posts/pfbid0uQsxALAXxw2QTumnRnXYyFxdSTrFg2zR4ssd5wiSxU3wpVG9xKDYJA1Pn8uDVe3jl

Advertisement. Scroll to continue reading.
“USIM melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu.
“Salam takziah daripada seluruh warga USIM. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,”  tulis kenyataan di media sosial USIM.

Pelajar USIM selesai viva, isteri bakal ambil ujian

Difahamkan, Mohammed J H Alzaanin baru saja selesai menjalani sesi viva di USIM pada 5 Julai lalu, manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober ini.

Dalam pertempuran yang semakin memuncak sejak Sabtu lalu, jet tentera Israel terus mengebom kawasan Palestin di Gaza.

Sumber: Facebook Universiti Sains Islam USIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd