Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami Beri RM150,596 Kepada Isteri Jika Gagal Habiskan Duit Nafkah RM30,119 Seminggu

Seorang pengamal perubatan alternatif Indonesia dikenali sebagai Gus Samsudin memaklumkan yang dirinya akan memberikan RM150,596 (500 juta rupiah) jika isterinya gagal menghabiskan duit nafkah sebanyak RM30,119 dalam masa seminggu.

Selonggok duit untuk isteri

Hal ini dikongsikan satu akaun Instagram dikenali sebagai dramakuin.official apabila menunjukkan video individu terbabit meletakkan selonggok duit dihadapan isteri yang sedang memicit kakinya.

View this post on Instagram

A post shared by DRAMA KUIN (@dramakuin.official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kelmarin, wang yang sudah diberikan itu sudah dihabiskan atau belum? tanya Gus kepada isterinya.
“Sudah,” jawab Yuni.
“Pintar. Jadi, kamu diperuntukan itu setiap minggu. Jika tidak habis berbelanja, saya bakal berikan kami 500 juta rupiah (RM150,596),” kata Gus lagi.

Duit nafkah harus dihabiskan

Difahamkan, menghabiskan 500 juta rupiah adalah satu hukuman yang diberikan kepada isteri jika wanita itu gagal menghabiskan duit nafkah yang biasa diberikan saban minggu.

Ujar Gus Samsudin, mendapatkan wang sejumlah itu cukup mudah baginya dan perlu dihabiskan oleh isterinya dalam tempoh waktu yang diberi.

“(Harus) dibelanjakan, Adakah kamu fikir mencari wang itu susah? Mudah. Ini harus dihabiskan,” ujarnya.

Menurut pemilik sebuah pusat perubatan alternatif itu, dia mendapatkan pendapatan yang cukup banyak seperti dinyatakan melalui hasil jualan tanah dan juga rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram dramakuin.official

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd