Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sudah Diluluskan FIFA, Status Pemain Warisan Tak Wajar Dipersoal – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa isu berkaitan salasilah pemain warisan Harimau Malaya tidak sepatutnya terus diperdebatkan, memandangkan kesemua mereka telah melepasi saringan ketat yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut laporan Berita Harian Online, Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, pemain-pemain warisan yang kini menyarung jersi negara telah mendapat pengesahan sah daripada FIFA untuk mewakili Malaysia, sekali gus menamatkan sebarang spekulasi berhubung kelayakan mereka.

pemain warisan

Foto: BH

“Setiap pemain warisan yang dipanggil telah melalui proses semakan terperinci oleh FIFA, sebuah badan yang cukup teliti dalam semua aspek.
“FAM hanya mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh FIFA. Jadi, tidak timbul isu sama ada kita perlu dedahkan atau tidak susur galur mereka,” katanya.

Kenyataan itu hadir susulan dakwaan segelintir pihak yang mempertikai latar belakang pemain warisan baharu, terutama lima pemain yang pertama kali diturunkan ketika menentang Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun lalu.

Artikel lain: Terima Pengiktirafan Tertinggi, Hamidin Dilantik Presiden Kehormat FAM

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Harimau Malaya menurunkan Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado selepas mereka menerima kelulusan rasmi daripada FIFA untuk beraksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Joehari turut menegaskan bahawa FAM sentiasa mengutamakan ketelusan dalam proses pemilihan pemain, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aspek kelayakan mengikut undang-undang dan peraturan antarabangsa.

pemain warisan

Foto: Astro Awani

“Kami tidak ambil mudah. Segala dokumen dan proses disemak dengan rapi kerana kita tahu isu ini penting kepada penyokong dan imej bola sepak negara,” ujarnya.

Tambah beliau, FAM tetap komited untuk memastikan hanya pemain yang sah dari segi teknikal dan undang-undang dipilih bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Sumber: Berita Harian Online (Zulfaizan Mansor)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd