Seorang pendakwah terkenal direman sehari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes penyelewengan dana sebuah pusat pengajian agama terkemuka.
Pendakwah terkenal juga pengasas pusat pengajian
Memetik laporan daripada Harian Metro, perintah reman selama satu hari dikeluarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas permohonan dikemukakan SPRM, dan pendakwah yang juga pengasas pusat pengajian itu ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam.
Pendakwah terkenal pernah disiasat SPRM
Difahamkan, beliau sebelum ini pernah disiasat SPRM atas tuduhan mengutip dana awam dan menyelewengkan kutipan derma untuk kegunaan peribadi, termasuk didakwa mengambil komisyen bagi membeli pelbagai aset dan kenderaan mewah.

Foto: Harian Metro
Artikel lain: Ada 2 Hotel Sendiri, Pegawai TLDM Didakwa Paksa Kontraktor Sewa -SPRM
Kenyataan rasmi mengenai perintah reman dijangka dikeluarkan pihak SPRM Putrajaya dalam masa terdekat.
Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)







































