Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

SPRM Peroleh Izin, Mantan PAT & Bekas PTD Bersama Isteri Didakwa Mulai Esok

SPRM Peroleh Izin

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Hafizuddiean Jantan bersama isterinya, Salwani Anuar, akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Kuala Lumpur, esok.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasangan suami isteri itu masing-masing menghadapi empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), selepas pihaknya mendapat izin daripada Peguam Negara.

SPRM Peroleh Izin Dakwa Mantan PAT & Bekas PTD Bersama Isteri

Selain itu, Hafizuddiean turut akan didakwa dengan dua pertuduhan tambahan di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam pada Jumaat, 23 Januari 2026.

Manakala Salwani akan menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin, 26 Januari 2026.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, SPRM juga telah memperoleh izin mendakwa terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat, 23 Januari 2026.

Artikel lain: Azam Baki Sahkan Bekas PTD Bebas Daripada Tahanan Reman SPRM Kelmarin

Mohd Nizam akan didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“SPRM komited untuk memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus, dan tanpa kompromi, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM menambah bahawa siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir, dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi.

Sumber: FB SPRM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Spotlight

Pasangan sensasi Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan perkara itu di acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd