Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sokong MB Selangor, Abdul Rashid Sedia Terima Hukuman

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari tetap dengan keputusannya untuk menyokong Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Memetik laporan Bernama, Abdul Rashid berkata beliau sudah sedia untuk terima sebarang hukuman daripada parti yang diwakilinya.

Abdul Rashid Sedia Terima Hukuman

Foto: Sinar Harian

Katanya, keputusan untuk menyokong Amirudin itu juga tidak akan menyebabkan keahlian dan kedudukannya dalam ADUN mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya faham bila keputusan dibuat, kes saya akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Itu terpulang kepada mereka untuk buat apa sahaja tindakan, dan bagi saya selepas keputusan dibuat, saya kekal dengan keputusan itu.
“Saya sedia terima sebarang tindakan tetapi setakat ini saya, malah enam lagi ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan sebelum ini pun belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Isnin.

Artikel lain: Seksyen 11 WCE Dibuka, KKR Umum Tol Percuma Dua Bulan

Pada 6 Mac lalu, bekas Pengerusi Bersatu Selangor itu mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin yang mana diambil selepas mengambil kira titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan yang tepat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Abdul Rashid sedia terima hukuman

Abdul Rashid Sedia Terima Hukuman

Foto: Selangorkini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Abdul Rashid juga berkata kedudukannya selaku ahli Bersatu dan Adun Selat Klang juga tidak terlucut secara automatik dengan pindaan perlembagaan parti baru-baru ini.

Menurutnya, sebarang implementasi terhadap pindaan itu hanya akan berkuat kuasa selepas diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Selain itu, beliau tidak membuat keputusan untuk menyokong Amiruddin dengan terburu-buru namun diputuskan lebih awal sebelum parti mengumumkan kedudukannya sebagai Pengerusi Bersatu Selangor diganti oleh Datuk Mohamed Azmin Ali, Januari lalu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Nasional

Seramai 215,600 pelarian dan pencari suaka direkodkan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia setakat Februari lalu, lapor Harian...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut dipercayai akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi semalam. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd