Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Skuad Jepun Tinggalkan Origami Tanda Terima Kasih Kepada Penganjur Piala Dunia 2022

Saingan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022 sudah semakin menghampiri penamatnya. Beberapa pasukan besar dilihat telah mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Piala Dunia selepas tewas di tangan pasukan underdog.

Antara pasukan yang berjaya mencuri tumpuan sudah tentu Jepun yang berjaya menempatkan diri dalam 16 pasukan teratas.

Tewas ditangan Croatia

Namun, saingan negara Matahari Terbit itu terhenti semalam selepas temas 3-1 kepada pasukan Croatia.

Tinggalkan origami dalam locker

Walaupun tewas, sikap yang ditunjukkan oleh pasukan Jepun dari pemain, pengurus pasukan dan juga penyokong mereka kerap kali dipuji dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaru, pemain dan juga pihak pengurusan pasukan tersebut telah meninggalkan origami di dalam locker sebagai tanda terima kasih serta mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia Qatar 2022.

Tunduk hormat kepada penyokong

Menerusi muat naik yang dibuat oleh @japanfootballassociation, dapat dilihat yang origami tersebut ditinggalkan di bilik persalinan pasukan Jepun.

Perkongsian daripada Instagram rasmi mereka juga menunjukkan pasukan tersebut memberikan tunduk hormat kepada para penyokong seusai perlawanan walaupun tewas ke atas Crotia.

Tanda terima kasih kepada penganjur

Difahamkan, origami tersebut dibuat bertujuan sebagai satu bentuk hadiah kepada pihak penganjur diatas layanan mereka sepanjang berada di Piala Dunia.

Pasukan berkenaan turut meninggalkan nota ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun dalam bilik persalinan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pasukan Jepun telah berjaya melangkah ke 16 besar apabila menewaskan Sepanyol dengan jaringan 2-1 dalam saingan kumpulan E.

Setelah itu, Samurai Blue terpaksa akur dengan Croatia apabila tewas 3-1 dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Dunia Qatar tahun ini.

Sumber: Instagram @japanfootballassociation

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli mendedahkan suaminya pernah mengkritik dan menegur soal penampilannya yang dikatakan ‘selekeh’ terutama memakai purdah. Inara mendedahkan perkara tersebut...

Politik

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ telah didakwa di Mahkamah Seksyen selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Spotlight

Penyanyi terkenal Amerika Syarikat yang diberi jolokan Ratu Rock and Roll, Tina Turner dikhabarkan meninggal dunia pada usia 83 tahun. Pemergiannya telah dimaklumkan pada...

Advertisement