Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SKMM Sudah Sekat Akaun Telegram ‘Gigolo Tempatan’ Yang Ditahan Kelmarin

Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sudah sekat akaun telegram ‘gigolo tempatan’ yang sebelum ini berjaya ditahan pihak berkuasa.

Kerjasama dibuat antara SKMM dengan pihak penyedia perkhidmatan Telegram

Memetik laporan dari Harian Metro, Bahagian Komunikasi Korporat SKMM memaklumkan yang tindakan tersebut telah dibuat atas kerjasama pemilik platform berkenaan selepas gigolo berkenaan disyaki menjalankan aktiviti menjual video lucah  melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa.

“Kerjasama SKMM dengan pihak penyedia perkhidmatan platform media sosial utama terbabit sedia terjalin.
“Melalui kerjasama ini, ia membuka laluan antara agensi penguatkuasaan dan pihak penyedia perkhidmatan terbabit dalam membantu menangani pelbagai permasalahan dan salah guna,” kata pihak SKMM.

SKMM sekat Telegram gigolo, termasuk 44 akaun lain sepanjang tahun lalu

Difahamkan, sebanyak 44 akaun Telegram yang didapati memuat naik kandungan berunsur lucah telah berjaya diturunkan SKMM sejak tahun lalu sehingga 15 Januari tahun ini.

Tindakan tersebut dilakukan atas aduan dan juga pemantauan yang dilakukan SKMM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: Google

Susulan daripada itu, sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan platform media sosial akan terus dilaksana bagi mengukuhkan kerjasama yang terjalin.

Perkara tersebut merupakan antara usaha pihak SKMM dalam mengekang penyebaran kandungan yang melanggar undang-undang daripada terus berleluasa.

Ia sekali gus dapat menjaga intergriti ruang digital dan melindungi pengguna daripada kandungan yang memudaratkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd