Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siasatan Dana RM300 Juta, Muhyiddin Yassin Dipanggil SPRM Bukan Sebagai Suspek

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Jana Wibawa membabitkan wang RM300 juta.

Menurut laporan BERNAMA, bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek itu yang didakwa oleh berkemungkinan ada unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.

Muhyiddin berkata, SPRM memaklumkan beliau dipanggil bagi memberikan keterangan dan bukan sebagai suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.

“Jana Wibawa adalah projek yang diusahakan pihak Kementerian Kewangan (MOF) yang dicadangkan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Tengku Zafrul, untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa COVID-19, yang kalau tidak dibantu sebahagian besar akan gulung tikar.
“Cadangan itu dibawa ke Kabinet dan luluskan. Kita laksanakan dengan meminta Persatuan Pemborong Bumiputera untuk mengemukakan…
“…nama-nama kontraktor berwibawa yang diluluskan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya pada satu sidang media hari ini.

Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata, peraturan itu ditetapkan oleh Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa penentu untuk memilih, atau kementerian yang terlibat dengan projek-projek tadi untuk memberi pertimbangan, menilai sama ada yang mohon itu layak atau tidak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berikutan itu, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam proses mempertimbangkan atau meluluskan projek berkenaan kerana ia tertakluk di bawah MOF.

“Jadi apa terlibat dengan saya? Tiada, cuma menyalurkan sahaja. Adakah saya memutuskan? Tidak sama sekali. Saya jelaskan juga, ada yang ditanya kenal ke tidak kontraktor?
“Saya tak kenal, tak pernah berjumpa pun dengan mereka, nama-nama syarikat pun saya tak tahu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, BERSATU dilaporkan menerima kira-kira RM300 juta daripada kontraktor sebagai dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Muhyiddin ketika itu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd