Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sering Keluar Lepak Di Kedai Kopi, Tegar Dituduh Suka Buang Masa & Abaikan Anak

Penyanyi Indonesia, Tegar Septian meluahkan kekecewaan apabila sekali lagi menjadi mangsa tuduhan netizen apabila mereka mengatakan dia sering membazir masa keluar melepak.

Tindakannya yang dikatakan suka keluar melepak di kedai kopi membuatkan netizen menyifatkan dia sebagai seorang bapa yang sering mengabaikan anak yang masih kecil.

View this post on Instagram

A post shared by T E G Δ R S E P T I Δ N ® (@tegar_official)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Orang bercakap bukan-bukan tentang saya. Penat dengan orang yang tak tahu apa-apa tentang saya,”luahnya.

Penyanyi berusia 22 tahun itu memberitahu, dia bukanlah sengaja keluar membazirkan masa kerana tujuan sebenar adalah bertemu orang bagi mencari peluang pekerjaan.

“Kadang-kadang orang berfikir saya asyik keluar dan terus memberi komen. Sebenarnya saya keluar mencari orang-orang yang menganjurkan persembahan. Siapa tahu ada rezeki di situ,”ujarnya lagi menerusi hantaran di Insta Story.

Sementara itu, selebriti kelahiran Jawa Barat, Indonesia menyatakan dia masih menerima jemputan sebagai penyanyi jalanan sebagai salah satu sumber pendapatannya kini.

“Kamu fikir saya bersenang-lenang? Maaf, saya sibuk mencari duit,”jelasnya.

Terdahulu, Tegar yang suatu ketika dahulu pernah terkenal dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang mendedahkan dia berdepan dengan krisis kewangan apabila dia dihalau keluar dari rumah sewanya kerana gagal membuat bayaran bulanan.

Bukan dia sahaja dihalau, bahkan ibu bapanya turut terkesan dengan krisis tersebut dan mereka semua diminta menggosongkan rumah berkenaan kerana mahu diberikan kepada penyewa baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua itu berlaku berpunca disebabkan sering ditipu dan tidak menerima bayaran royalti kerjaya seninya.

Sumber: Instagram @tegar_official

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd