Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Serba Boleh! Hannah Yeoh Dipuji Ada Bakat Jadi Penyampai Berita

Kemunculan sulung Menteri Sukan dan Sukan, Hannah Yeoh tampil sebagai pembaca berita menerusi saluran Berita Perdana di RTM1 menerima banyak reaksi positif di kalangan warganet.

Ternyata, beliau bukan sahaja seorang menteri yang peka dengan masalah semasa, malah seorang yang berbakat dalam bidang penyiaran juga seperti mana dikongsikan di laman Instagram, baru-baru ini.

Impian jadi pembaca berita tercapai

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Hannah meluahkan kesyukuran bahawa impiannya sejak kecil untuk menjadi penyampai berita akhirnya sudah tercapai.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana telah merealisasikan impiannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menjadi pembaca berita merupakan impian saya sejak di sekolah lagi. Sempena ulangtahun RTM yang ke-77, saya telah diberi peluang untuk membaca berita sukan dalam edisi khas mereka.
“Terima kasih beritartm atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen ini,”tulisnya.

Maaf jika tak sempurna

Hannah dalam hantaran berikutnya memohon maaf kepada orang ramai sekiranya gaya penyampaiannya sebagai pembaca berita tidak menetapi kriteria dan memuaskan hati penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya baca berita sukan sempena ulangtahun beritartm yang ke-77.
“Maafkan saya jika tidak sempurna,”tulisnya lagi.

Ada bakatlah!

Bagaimanapun, rata-rata warganet memuji ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai bakat dalam bidang penyiaran sewaktu beliau menjadi penyampai berita sukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga mengatakan Hannah memiliki pakej sebagai seorang pembaca berita dari segi kejelasan intonasi suara.

Sumber: Instagram @hannahyeoh

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd