Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Insiden Tembakan Di Tanjung Rhu: Seorang Lagi Warga Indonesia Maut

Seorang lagi lelaki warga Indonesia yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Januari lalu meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, awal pagi semalam.

Insiden Tembakan

Foto: BERNAMA

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata sehingga kini kes tersebut telah melibatkan dua kematian.

Beliau memaklumkan pihaknya telah berjaya menahan dua suspek lelaki baru-baru ini di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor yang dipercayai berada di dalam bot ketika kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasukan Gerakan Am telah membuat operasi di sekitar Pulau Carey baru-baru dan berjaya menahan sekumpulan individu warga asing yang bersembunyi di situ, dua daripada mereka kita syaki berada di dalam bot yang terlibat dalam insiden tembakan berkenaan,” katanya pada Khamis.

Hussein turut memberitahu pihaknya telah merekodkan 31 keterangan daripada semua individu terlibat dan kertas siasatan telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Artikel lain: Insiden Tembakan: Bot Migran Indonesia Tak Endah Tiga Amaran Dari Maritim Malaysia

“Kertas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya.

Beliau menambah pihaknya turut mendapat kerjasama daripada pihak Kedutaan Indonesia bagi mengesan seorang lagi individu warganegara berkenaan bagi membantu siasatan.

Pada 24 Januari lalu, Hussein mengesahkan seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembakan di pantai Morib, Kuala Langat, awal pagi 23 Januari dan mereka yang cedera dirawat di hospital di Klang dan Serdang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden tersebut berlaku selepas sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dilanggar oleh bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan rondaan perairan di Tanjung Rhu pada 3 pagi hari sama.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd