Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sempena CNY, KPN & MYDIN Jalin Kerjasama Edar Bakul Rahmah Kepada 500 Penerima

Kementerian Perpaduan Malaysia (KPN) dan Mydin Prihatin telah menjalin kerjasama dalam mengenalpasti dan mengagih bantuan sumbangan Bakul Rahmah MYDIN bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina.

Bakul Rahmah buat 500 penerima

Difahamkan bantuan sumbangan tersebut melibatkan seramai 500 orang penerima bagi beberapa lokasi seperti Selangor, Melaka dan Johor.

KPN & MYDIN jalin kerjasama ringankan beban sempena CNY

Menurut Menteri Perpaduan Malaysia, YB Datuk Aaron Ago Dagang beliau sangat berharap agar bantuan diberikan itu dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta sedikit sebanyak memberi keceriaan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu yang bakal menjelang.

“Harapan saya agar kerjasama antara KPN dan MYDIN ini tidak terhenti di sini. Saya berharap agar MYDIN akan bersama KPN dalam menjayakan dua inisiatif utama iaitu edaran bantuan Bakul Rahmah (RT Cares) dan program Dapur Komuniti di semua negeri pada tahun ini.
Pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini adalah bagi meringankan beban kos sara hidup komuniti di Kawasan Rukun Tetangga,” ujarnya.

KPN & MYDIN jalin kerjasama

Artikel lain: KPN Anjur Program FoodUnites, Bukan Sekadar Festival Makanan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal berkenaan disampaikan beliau sewaktu menghadiri Majlis sambutan Tahun Baharu Cina “ Kongsi Meriah” bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor pada 1 Februari 2024.

Dalam pada itu, Datuk Aaron juga mengucapkan tahniah diatas MYDIN kerana berjaya menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records atas rekod mengedarkan 100,000 kraf naga mini kertas apabila menganjurkan program menghasilkan origami
naga kertas bersempena dengan kempen Kongsi Meriah.

“Saya amat bangga kerana aktiviti pengedaran dan pemasangan kraf naga mini ini juga turut mendapat kerjasama kanak-kanak daripada Tadika Perpaduan dari Negeri Selangor,” katanya.

KPN & MYDIN jalin kerjasama

KPN & MYDIN jalin kerjasama, harap syarikat korporat lain boleh contohi

Susulan daripada itu, pihak KPN juga berhasrat menggiatkan lagi usaha untuk melebarkan jaringan kolaborasi strategik di bersama syarikat-syarikat korporat serta swasta dalam negara.

“Saya ingin menyeru kepada syarikat- syarikat korporat dan swasta agar mencontohi inisiatif yang dilaksanakan oleh MYDIN ini dalam memupuk sikap perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini,” ujarnya lagi.

KPN & MYDIN jalin kerjasama

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Sosial

Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu. Menerusi hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd