Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Semakan Kadar Dan Perluasan SST Bermula 1 Julai 2025 – Kementerian Kewangan

Kerajaan akan melaksanakan semakan dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025, sebagai langkah untuk meningkatkan hasil negara dan meluaskan asas percukaian secara lebih progresif.

Menurut laporan Buletin TV3,  kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengatakan barangan bukan keperluan seperti ketam raja (king crab), ikan salmon dan kod, cendawan truffle, buah-buahan import, minyak pati, kain sutera serta jentera industri akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus.

Foto: Carian Google

Dalam masa yang sama, beberapa barangan premium terpilih seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik akan dikenakan cukai jualan pada kadar 10 peratus.

Foto: Carian Google

Kementerian turut memaklumkan bahawa cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus akan dikenakan terhadap perkhidmatan sewaan atau pajakan yang mencatatkan nilai bercukai mencecah RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Namun begitu, tidak semua jenis sewaan atau pajakan terlibat dalam pelaksanaan cukai ini.

Foto: Carian Google

Antara yang dikecualikan ialah pajakan atau sewaan rumah kediaman, bahan bacaan, pajakan kewangan serta pajakan aset ketara yang berada di luar negara.

Langkah ini selaras dengan Belanjawan 2025 yang menekankan pelaksanaan cukai secara lebih adil tanpa membebankan majoriti rakyat, dengan fokus kepada barangan dan perkhidmatan berstatus mewah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd