Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas Konsert Coldplay, TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ

Kemeriahan konsert band asal Britain, Coldplay pada 22 November 2023 di Staduim Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih lagi terasa bahangnya.

Walau bagaimanapun, seakan ada khabar kurang enak didengar melihat dari keadaan padang di SNBJ yang mengalami kerosakan agak teruk selepas konsert berkenaan berlangsung.

Macam terluka teruk je

Hal tersebut juga dikongsikan oleh pemilik kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mohkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) apabila memuat naik gambar keadaan semasa padang tersebut tanpa meninggalkan sebarang kapsyen.

snbj

Pastinya baginda kecewa

Walaupun tiada sebarang kenyataan daripada baginda, namun keadaan padang yang menyakitkan mata itu pastinya membuatkan pihaknya kecewa kerana telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk menukarkan rumput SNBJ kepada rumput Zeon Zoysia demi keselesaan Harimau Malaya beraksi di venue itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

snbj

Difahamkan, padang baru tersebut menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia menggantikan rumput jenis Cow Grass yang dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Sebelum ini, padang SNBJ pernah dikritik hebat sewaktu saingan Pestabola Merdeka 2023 pada September lalu memandangkan banyak bahagian yang tercabut sewaktu aksi sulung pasukan Harimau Malaya di gelanggang rasmi mereka.

Artikel lain: Perlawanan Baru Berjalan 5 Minit, Rumput Padang SNBJ Sudah Rosak

Tetapi, pada perlawanan pertama kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, padang SBNJ telah menunjukkan tahap yang memuaskan dan memperlihatkan pasukan negara berjaya menewaskan  Krygyzstan 4-3.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd