Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selamba Letak Tangan Atas Bahu Putin, Bodyguard Beri Amaran Kepada McGregor

Baru-baru ini, tular di laman sosial video yang memaparkan bintang sukan bela diri campuran Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor Anthony McGregor bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, kelihatan petinju terbabit bersua muka dengan Presiden tersebut dalam sebuah bilik bersama dengan tetamu yang lain.

McGregor bersama presiden Rusia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Minta Latihan Bertinju, Khabib Tolak Permintaan Elon Musk Mentah-Mentah

Pun begitu, McGregor telah diberi amaran oleh pengawal keselamatan Putin apabila dia selamba meletakkan tangannya di atas bahu presiden tersebut untuk mengambil gambar.

Nampak macam Putin okay je

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Putin menerima tindakan spontan yang dilakukan oleh McGregor namun, pengawal keselamatan perlu menjalankan tugasnya bagi melindungi presiden tersebut.

Netizen puji keberanian, keyakinan McGregor

Dalam pada itu, ada segelintir individu yang memuji keberanian serta keyakinan McGregor ketika menyapa Putin dan menghormati amaran pengawal keselamatan selepas ditegur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @historyinmemes

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd