Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebabkan Anak Usia Tiga Bulan Meninggal Dunia, Bapa Didenda RM10,000

Selepas mengaku cuai sebelum ini, seorang bapa dihukum denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menyebabkan bayinya yang berusia tiga bulan meninggal dunia.

Menurut laporan Harian Metro, mahkamah turut memerintahkan tertuduh Amirul Hakim Muhamad Fadzil menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam serta bon berkelakuan baik dua tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran RM5,000.

Difahamkan, tertuduh yang berusia 27 tahun juga berdepan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dikatakan sedang menunaikan solat sebelum buaian mangsa putus lalu terhempas ke lantai pada 15 November 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital dan disahkan mengalami patah paha kanan serta diberi ubat demam sebelum tertuduh membawa mangsa pergi mengurut.

Selepas kejadian di sebuah rumah di Flat Sri Langkawi, Gombak itu, mangsa diserang sawan sebanyak dua kali iaitu pada 30 November 2022 dan 3 Januari lalu.

Ketika berlari mahu membawa anaknya ke klinik pada petang 3 Januari, kepala mangsa terkena bingkai kayu pintu hadapan rumah secara tidak sengaja sebelum doktor mengesahkan mangsa kebiruan serta perlu segera dirujuk ke hospital.

Selepas dimasukkan ke Pusat Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU), Hospital Tunku Azizah, Cheras, mangsa disahkan mengalami patah tulang selangka kanan selain mempunyai kesan gigitan pada pipi, sebelum meninggal dunia pada hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Dunia

Ahli kewangan Malaysia dalam buruan, Jho Low dilaporkan telah memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump, menurut rekod Jabatan Kehakiman (DoJ)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd