Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Saya tiada anak bernama Farisha – Exco Sabah Mohd Arifin

Saya tiada anak bernama Farisha

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir, baru-baru ini.

Penafian itu dibuat selepas beliau membaca satu muat naik di media sosial mendakwa seorang pelajar bernama Farisha, yang dikaitkan sebagai anaknya, terlibat dalam kejadian tersebut.

“Saya tidak mempunyai anak yang bernama sedemikian dan juga tidak (ada anak yang) belajar di sekolah berkenaan,” katanya, hari ini.

Saya tiada anak bernama Farisha

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama sekolahnya di Papar sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) keesokan harinya.

Kes tersebut tular di media sosial selepas wujud dakwaan ia membabitkan elemen buli, termasuk melibatkan anak VIP dan individu berpengaruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Arifin berkata, semasa Zara Qairina dirawat di hospital, beliau bersama Ketua Pengarah Pendidikan dan rombongan hadir menziarahi ibu pelajar berkenaan.

Artikel lain: Jabatan Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula Untuk Bedah Siasat

Empat hari selepas pemergian Zara Qairina, beliau turut bersama Yayasan Sabah dan wakil rakyat Sindumin menziarahi keluarga Allahyarhamah di Sipitang bagi menyampaikan salam daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita tunggu hasil siasatan polis dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung apa juga yang berlaku membabitkan pelajar berkenaan.
“Kita harap siasatan terbuka terus diadakan demi keadilan pelajar berkenaan,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (Samadi Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd