Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Saya Tak Tiru Dia, Semula Jadi Sama” – Rahul Khan Akui Wajah Mirip Dengan SRK

Nampak sama tapi bukan dia! Disebabkan memiliki raut wajah yang sama dengan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, lelaki yang berasal dari Acheh, Indonesia yang dikenali sebagai Teuku Hasnawai atau lebih popular dengan panggilan Rahul Khan telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut laporan mStar, dia yang kerap meniru gaya Shah Rukh Khan itu menjadi terkenal dalam sekelip mata di media sosial telah berjaya menghiburkan ramai termasuklah di Malaysia.

Kawan-kawan cakap muka macam SRK

Jelasnya lagi, dia mula sedar wajahnya iras dengan pelakon Bollywood itu selepas ditegur oleh rakannya di sekolah menengah. Malah, ramai yang memanggilnya dengan panggilan Rahul disebabkan Shah Rukh Khan sering memegang watak tersebut dalam filem.

“Saya mula perasan muka ada iras-iras Shah Rukh Khan selepas ditegur oleh beberapa orang kawan di sekolah menengah. Ada juga kanak-kanak akan tegur cakap kenapa muka macam Rahul ya?
“Mereka panggil saya dengan nama Rahul sebab masa tu dalam banyak filem-filem Bollywood popular lakonan Shah Rukh Khan, dia memang selalu gunakan nama tu. Jadi saya pun terinspirasi juga nak gunakan nama tu pada akaun TikTok saya,” katanya.

Tak tiru dia pun, semulajadi sama

Difahamkan juga, Rahul tidak mempunyai sebarang darah kacukan India dan mengakui bahagian hidung, rambut dan raut wajah sama seperti Shah Rukh Khan. Malah, daripada 1.1 juta pengikutnya di TikTok, sebanyak 70 peratus bersetuju dengan pandangannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, Rahul yang berusia 29 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak pernah meniru perwatakan Shah Rukh Khan kerana selama ini dia hanya menjadi diri sendiri tanpa berpura-pura.

“Bagi saya, bahagian hidung, mata, rambut dan raut wajah sama dengan dia (SRK). Tapi saya memang tak ada mix blood atau kacukan. Saya memang warga Indonesia dari suku Aceh.
“Bila saya post video-video dekat TikTok, boleh dikatakan 70 peratus bersetuju muka kami sama. Yang tak setuju, saya tak ambil hati pun dengan pendapat mereka.
“Sebenarnya saya tak tiru gaya Shah Rukh Khan pun sebab saya secara semula jadi memang macam ni tanpa dibuat-buat.”  jelasnya lagi.

Sumber: mStar (Wais Azizan)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd