Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi Tepis Dakwaan Celupar Penyebab Kekalahan PN Pada PRK Pelangai

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menepis dakwaan keceluparannya menjadi penyebab kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Sanusi berkata dia bukan bermulut celupar namun hanya menyampaikan perkara yang benar dengan suara yang kuat.

“Celupar ini cakap tak betul. Suara deras pada otak, kalau ada asas, ada bukti, ada analisa yang tepat, justifikasi yang betul… itu bukan celupar.
“Padahal saya ada bukti semua…. dunia ni telah diterbalikkan, yang cakap betul celupar, yang cakap tipu tak celupar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ecxo di Wisma Darul Aman, semalam.

Sanusi berkata, kalah di kawasan yang menjadi kubu sesuatu parti adalah adat bertanding dalam pilihan raya, sama seperti PN yang kalah di kubu Barisan Nasional (BN).

“Itu bukan kekalahan PN. Itu kembali kepada keputusan sebelumnya. Itu normal lah tu. Kalau pi berlawan di kubu PN… pi lawan, BN menang. Ha itu nolehlah kata BN itu hebat, merampas kawasan PN,” ujarnya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dan PN itu berkata, kekalahan PN di Dun Pelangai juga bukan bermaksud gelombang PN semakin berkurangan tetapi gabungan itu hanya belum cukup undi untuk menang.

Ujarnya, sokongan warga FELDA terhadap PN dilihat semakin meningkat dan kawasan itu bukan lagi ‘simpanan tetap’ kepada BN.

Beliau berkata, gelombang PN di kawasan FELDA bukan sahaja berlaku di Kedah namun turut berlaku di Pahang, Perak, Johor serta negeri lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Sanusi, ini disebabkan orang Melayu mula sedar kepentingan politik Melayu selamat, terpelihara, teguh dan kukuh apabila bersama PN.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd