Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi Nafi Gelar Vincent Tan & Berjaya Land Sebagai Korup

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau menggelarkan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad sebagai korup.

Memetik laporan Malaysiakini, Sanusi berkata sebagai Menteri Besar Kedah, beliau mengamalkan dasar mengutamakan golongan bawahan dan bukan sebaliknya.

Sanusi menjelaskan, kenyataannya tidak akan menyebelahi ‘taikun-taikun besar’ bukan ditujukan kepada Vincent dan Berjaya Land namun bermaksud keutamaan tidak akan diberikan kepada korporat besar dalam aspek pembangunan.

“Polisi yang dinyatakan oleh defenden tersebut adalah polisi mesra rakyat yang sentiasa  dilaung-laungkan oleh defenden dalam setiap kempennya dan juga merupakan polisi kerajaan Kedah bawah pimpinan defenden.

“Ia tidak sama sekali bermaksud memfitnah P1 (plaintif pertama atau Tan) selaku korporat besar,” katanya dalam pernyataan pembelaan kes saman antara mereka berdua.

Sementara itu, peguam Sanusi, Mohd Faizi Che Abu telah mengesahkan bahawa pembelaan telah difailkan 29 September 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan telah menyaman Sanusi pada 8 Ogos susulan ucapannya di Jitra seminggu sebelum itu sewaktu kempen pilihan raya negeri.

Ia susulan kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar berhubung Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang juga membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Spotlight

Satu video memaparkan dakwaan bahawa animasi popular Upin & Ipin kononnya berasal dari Indonesia tular di media sosial, baru-baru ini. Dakwaan itu timbul menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd