Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sanusi Mohon Maaf, Kes Saman Dengan MB Selangor Selesai Cara Baik

Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, akhirnya selesai selepas Sanusi mohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi hari ini.

Memetik laporan dari Harian Metro, permohonan maaf itu menjadi sebahagian daripada terma penyelesaian saman berhubung kenyataan fitnah mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Sanusi Mohon Maaf

Sanusi mohon maaf, tapi mahkamah tak benarkan ia dikeluarkan secara umum

Hakim, Rozi Bainon kemudian merekodkan penyelesaian tersebut. Namun, mahkamah tidak membenarkan permohonan maaf itu dikeluarkan secara umum.

Sanusi mohon maaf lepas Amirudin tuntut ganti rugi RM10 juta

Saman ini bermula susulan kenyataan Sanusi dalam ceramah politik pada 2 Ogos 2023 mengaitkan Amirudin dengan seorang taikun perniagaan dalam projek bernilai RM10 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Amirudin telah menuntut permohonan maaf dalam 48 jam dan ganti rugi RM10 juta kepada Sanusi diatas kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan olehnya.

Artikel lain: Sanusi Tunai Tanggungjawab, Mahu Tuntut Pulau Pinang – “Memang Hak Kedah”

Peringatan untuk semua juga

Susulan daripada itu, menerusi sidang media, Amirudin berharap perkara ini menjadi pengajaran agar semua pihak lebih berhati-hati.

Dalam pada masa yang sama, Sanusi mengatakan agar apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak bercakap tanpa mengetahui kesahihannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini peringatan kepada semua, bukan saya saja. Siapa cakap tak betul, kita samanlah…” ujar Sanusi.

Terdahulu, Kenyataan Sanusi dalam ceramah politik pada Ogos 2023 telah mendakwa wujud skandal antara Amirudin dan seorang taikun perniagaan berkaitan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Amirudin mendakwa kenyataan Sanusi bertujuan merosakkan reputasinya dan mencetuskan kebencian dalam masyarakat.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd