Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi ‘Malas’ Layan DAP, Tetap Pendirian Tutup Kedai Judi & Loteri Di Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pihaknya tetap dengan pendirian untuk tidak akan menukarkan keputusannya yang menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri Kedah.

Menurut laporan Harian Metro, dia menegaskan aktiviti tidak bermoral tersebut bukan sahaja merosakkan satu kaum walhal, ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap semua kaum di negara ini.

“Kita takkan ada pertimbangan semula, ini bukan isu satu kaum sahaja… Judi merosakkan semua kaum. Judi tak pernah jadi alat membentuk keharmonian kaum,” katanya.

Sanusi berkata sedemikian selepas mendapat maklum bahawa Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan penutupan premis judi dan loteri bagi mengekalkan keharmonian kaum serta mengawal masalah sosial.

Bagaimanapun, Sanusi tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Teh Swee Leong dan memintanya untuk mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, kaharmonian kaum boleh dibentuk dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti melalui integrasi di sekolah, aktiviti sukan, silang seni budaya, bahasa pertuturan yang sama dan sebagainya.

“Suruh dia buktikan judi boleh bentuk keharmonian kaum,” ujarnya lagi.

Sekadar info, bermula 1 Januari 2023, semua kedai judi dan loteri secara rasminya telah ditutup oleh pihak kerajaan negeri Kedah susulan lesen perjudian tidak akan diperbaharui lagi.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd