Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Salman Khan Nafi Dilamun Cinta -“Karut! Pooja Sama Umur Dengan Anak!”

Aktor kacak tersohor Bollywood, Salman Khan menafikan spekulasi bercinta dengan rakan gandingan iaitu Pooja Hedge seperti yang dikatakn ramai.

Spekulasi percintaan antara aktor berusia 56 tahun dengan aktres berusia 32 tahun itu juga mencetuskan perasaan kurang senang di kalangan banyak pihak termasuk kenalan rapat.

Ini kerana mereka menyifatkan ia adalah tidak patut memandangkan Pooja terlalu muda jika hendak dibandingkan dengan Salman.

Salman dan Pooja didakwa menjalinkan cinta lokasi apabila mereka berdua diganding buat kali pertama menerusi filem Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, seorang individu tampil bersuara dan menempelak ‘kaki gosip’ menyebarkan dakwaan tidak berasas membabitkan antara Salman dan Pooja.

“Sesiapa yang menyebarkan desas-desus tidak berasas ini patut berasa malu. Usia Pooja seperti anak Salman.
“Hanya kerana mereka berlakon bersama, ada yang mahu menangguk di air keruh untuk tujuan publisiti tetapi ia sungguh memalukan,” katanya.

Difahamkan, gosip itu tersebar selepas seorang pengkritik filem, Umair Sandhu memuat naik satu ciapan dalam Twitter.

Bukan itu sahaja, Umair juga mendakwa ada sumber terdekat menyatakan Salman menandatangani kontrak dengan Pooja untuk dua lagi filem bawah syarikat produksinya.

Bagaimanapun, pemilik nama Abdul Rashid Salim Salman Khan enggan melayan khabar angin yang dicetuskan oleh individu berkenaan.

Sumber: Kosmo!, timesofindia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd