Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Salah Tak Menolak, Berhasrat ‘Hijrah’ Ke Kelab Al-Ittihad” – Antonio

Pemain bole sepak terkenal, Mohamed Salah dikatakan bersedia untuk meninggalkan Liverpool demi menerima tawaran yang dikemukan oleh kelab Arab Saudi pada jendela perpindahan lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, hasrat tersebut tidak kesampaian dimana Michail Antonio mendedahkan Liverpool telah menolak tawaran awal Al-Ittihad berjumlah 150 juta pound (RM871.04 juta).

View this post on Instagram

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih mengejutkan, kelab Arab Saudi tersebut turut menaikkan nilai tawaran kepada 200 juta pound (RM1.16 bilion) namun skuad kendalian Jurgen Klopp mahu mengekalkan bintang Mesir itu sekurang-kurangnya sehingga Januari tahun depan.

“Dia (Salah) tidak menolaknya. Dia tidak dibenarkan keluar oleh The Reds. Saya tahu, dia bersedia untuk meninggalkan Anfield,” kata Antonio.
“Apa lagi yang dia boleh lakukan di Liverpool? Dia sudah melakukan semuanya. Saudi adalah peluang terbaik buatnya, dia seorang Muslim dan tawaran itu sesuai buatnya. Tidak ada aspek negatif untuk dia ke sana.
“Saya faham dia masih mempunyai kontrak yang perlu dihormati,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Salah telah berjaya mengharumkan nama Liverpool dimana dia telah berjaya meledak 188 gol yang secara tidak langsung meletakkan namanya di tangga kelima dalam senarai penjaring terbanyak kelab.

Difahamkan, pada Khamis ini The Reds menentang pasukan Austria, LASK dalam saingan Liga Europa dan kemudiannya  bertemu West Ham pada Ahad.

Sumber: Buletin TV3 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd