Pasti ramai sedia maklum bahawa menjadi seorang idola K-Pop bukanlah sesuatu perkara mudah. Selain mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian, penampilan fizikal mereka juga merupakan aspek yang amat diambil berat.
Terbaharu. kumpulan LE SSERAFIM telah melancarkan dokumentari “The World is My Oyster” yang memaparkan proses debut kelima-lima orang ahli iaitu Sakura, Kim Chae-won, Huh Yun-jin, Kazuha dan Hong Eun-chae.
Dalam episod ketiga, kesemua ahli meluahkan rasa tertekan dek kerana beberapa perkara yang harus mereka sempurnakan sebelum debut terutama agensi HYBE meminta mereka menurunkan berat badan.
“Tetapi pada akhirnya, pengurusan diri terpulang kepada awak. Saya fikir kamu semua memerlukan masa untuk memikirkan semula betapa pentingnya ini dan untuk awak menguruskan diri sendiri dengan tegas.”kata ketua pengurusan artis agensi HYBE, Kim Hyung.
“Saya kecewa. Kami telah bekerja kerasa selama ini. Saya tidak mahu kami mengalami tekanan disebabkan perkara seperti ini. Saya sendiri telah melihat ahli lain bergelut dan dikritik kerana perkara ini. Saya fikir kami kena cuba bersungguh-sungguh dengan lebih keras lagi,”luah Sakura.
Selain itu, ahli lain iaitu Kim Chae-won yang pernah debut dalam kumpulan IZ*ONE mneyatakan pendapatnya mengenai isu tersebut.
“Saya setuju. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli kumpulan yang lain walaupun mempunyai menu makanan yang berbeza daripada mereka. Seperti yang dikatakan oleh Sakura, ia tidak perlu dikesalkan. Ini semua untuk kebaikan kami sendiri. Jadi, saya tak rasa kami akan mengambil perkara tersebut dengan mudahnya.”ujarnya.
Bagaimanapun, rata-rata peminat meluahkan rasa marah dan berang dengan mengatakan ahli kumpulan tersebut sudah kurus dan tidak perlu menurunkan berat badan mereka.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat menjadi seorang artis K-Pop adalah sangat menyusahkan dan dilihat sebagai satu eksploitasi terhadap wanita.
Sumber: Youtube HYBE Labels