Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tiada Lagi Tempat Bercerita, Sahabat Kenang Pemergian Adib Hazim – “Saya Halalkan Semua Makan Minum”

Hasrat seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bertemu sahabat karibnya, Muhammad Adib Hazim Halim yang merupakan mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) berkecai hancur apabila mengetahui rakannya itu sudah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.

Sahabat kenang pemergian Adib Hazim

Sahabat kenang pemergian Adib Hazim

Menerusi hantaran di TikTok @ijxmmm__, memaparkan salah seorang sahabat kepada mangsa yang dikenali sebagai Zam meluahkan rasa terkilan tidak dapat meluangkan masa makan bersama setelah menerima berita pemergian rakan baiknya itu, semalam.

“Terima kasih Haz (Adib Hazim), kerana hadir dalam hidup Zam walaupun seketika cuma, tapi dalam masa singkat itu kau tinggalkan kesan yang mendalam.
“Kau selalu teman Zam makan, selalu ada bila Zam perlukan kawan. Kau pernah cakap kau tak ramai kawan sebab kau pendiam tapi kau tak tahu Zam rasa bertuah jadi antara yang kau pilih jadi sahabat.
“Kita dah janji nak makan sama-sama lagi, nak main basikal, nak pergi mesin RHB tengah malam tapi semua itu sekarang tinggal kenangan,” kata Haz pada Isnin.

Sahabat kenang pemergian Adib Hazim

Sahabat kepada Adib Azim itu turut meluahkan rasa kehilangan kerana tiada lagi tempat untuk bercerita dan terpaksa untuk belajar erti reda menerima segala ketentuan suratan takdir.

“Zam halalkan semua makan minum, gurau senda dan gelak tawa kita.
“Zam reda tapi kehilanganmu macam kehilangan sebahagaian dari diri Zam, tiada lagi bahu sebagai tempat bercerita dan tiada lagi tawa yang sama,” jelasnya.

Sementara itu, Zam mendoakan agar sahabatnya tenang di tempat yang baharu dan berharap dapat dipertemukan semula di alam yang abadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap kali Zam senyum, hati ini menangis sebab senyuman itu tiada lagi Haz. 
“Tenanglah di sana wahai sahabat, Zam sayang Haz dunia akhirat. Sampai jumpa lagi di alam yang kekal, al-Fatihah buat Muhammad Adib Hazim Bin Halim,” luahnya lagi.

Sahabat kenang pemergian Adib Hazim

Artikel lain: Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Untuk rekod, Allahyarham Adib Hazim adalah salah seorang daripada 15 mangsa maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, pada awal pagi Isnin.

Sumber: TikTok ijxmmm__

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd